22 Ogos 2012

PERKEMBANGAN DUNIA ARAB

Dunia Arab terus bergolak. Pergolakan di Mesir telah menjadi sejarah. Libya pula menyaksikan pemimpinnya mati dibunuh. Sekarang Syria pula bergolak. Apakah semua ini benar-benar atas kehendak rakyat atau ada "Tangan-tangan" yang sengaja memporak-perandakan rantau Arab. Sama-samalah kita perhatikan perkembangannya.

10 Disember 2011

CUTI-CUTI MALAYSIA -- KOTA BELUT




















Sekarang adalah musim cuti sekolah. Ke manakah destinasi pelancongan yang patut dilawati?Akhirnya saya memutuskan untuk pergi ke Kota Belut, Sabah. Dari Kota Kinabalu ke Kota Belut mengambil masa satu jam perjalanan dengan jarak 70 Kilometer. Apa yang menarik di sini adalah kuda. Di sini terdapat kuda yang diternak bersama dengan lembu. Kuda-kuda yang ada di sini agak kecil berbanding dengan kuda dari luar negara. Kota Belut juga dikenali sebagai ‘Land of the Cowboys of the East’ .

Di juga ada Tamu Besar yang setiap hari Ahad setiap minggu. Bermula pukul 6 pagi hingga pukul 2 petang. Barang jualan yang terdapat di Tamu Besar ini ialah hasil pertanian, hasil ternakan, dan hasil kerjatangan seperti parang dan banyak lagi.

Selepas ke Tamu Besar, saya makan soto. Sedap soto daging sebab guna daging kerbau.

26 Mac 2011

Tragedi MAC

Bulan ini berlaku gempa bumi yang kuat di Jepun. Gempa bumi ini mengakibatkan Tsunami dan letupan loji nukear. Hingga hari ini dianggarkan 10 000 orang mati kerana tsunami tersebut.
Timur Tengah pula bergolak dengan suara-suara rakyat yang mahukan perubahan kepimpinan. Di Mesir, sudah jatuh pemimpin nombor 1. Libya pula, menderita. Tentera Nato dan AS menyerang Libya. Jumlah kerosakan dan kerugian dari pihak Libya sangat banyak.

Terbitkan Catatan