Setelah penat kerana perjalanan yang mengambil masa kira-kira 7 jam. Akhirnya keretaku sampai ke IPGM kampus Sarawak, Miri. Inilah tempat aku kursus Sijil Perguruan dari 1993-1995. Ah........ dah 14 tahun ku tinggalkan Maktab ini. Dulu IPGM ini dikenali sebagai Maktab Perguruan Sarawak, Miri. Kemudian, dikenali sebagai Institut Perguruan Sarawak. Di sinilah aku dapat lesen untuk mengajar dan mendapat gelaran GURU.
Ini adalah banner yang menanti kunjungan guru-guru yang mengikuti kursus 4 minggu kearah pembestarian sekolah. Ribuan terima kasih kepada pihak IPGM. Hati terasa terharu dengan banner ini. Rupanya kedatangan ku ini disambut dengan mesra. Terima kasih sekali lagi.
Ini adalah pondok Jaga. Di sini pun ada tercatat peserta kursus.
Kemudian keretaku bergerak lagi. Sekarang aku berada di 'Lembah Ilmu Keguruan'.
Di Kolej Kediaman inilah kami akan tinggal selama sebulan. Peserta wanita pula berada di tingkat bawah. Ada ditampal peraturan melarang guru pelatih lelaki dan peserta kursus lelaki masuk bilik mandi dan lalu kawasan bawah.
Ruang ke bilik tidur.
Hallo bos, tahniah atas pembinaan blog ini, boleh tolong postkan gambar-gambar lain hehe
BalasPadam