02 November 2009

Aktiviti Empat Minggu terakhir Tahun ini

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Minggu lepas saya telah menerangkan kepada GB(Guru Besar) tentang projek yang kena buat dan terpaksa buat banner. Beliau setuju untuk membantu saya. Tentang 'In House tranning', GB suruh saya pilih masa yang sesuai. Minggu ini kami sibuk dengan Safari Membaca. Dimana Sekolah Long Tuma Tuan Rumah Bagi Limbang dan Lawas. Banyak kerja kena buat.

Minggu depan pula akan diadakan sukan tahunan dan sukan untuk PIBG(Persatuan Ibu-Bapa dan Guru). Sukan Tahunan akan diadakan pada 11 Nov. Manakala Sukan PIBG pada hari berikutnya 12 November. Minggu ini kena buat garisan padang dan ada yang terlibat sediakan pentas untuk Program Safari Membaca.

Safari Membaca ini melibatkan kanak-kanak pra sekolah dan Tahun satu. Mereka akan bercerita Bahasa Inggeris (BI) kepada ibu bapa meraka.

Sepanjang minggu lepas pula diadakan Peperiksaan Akhir Tahun. Sekarang pun masih sibuk menyemak kertas peperiksaan budak. Kalau tak siap, susah Guru Kelas nak tentukan kedudukan dan susah isi maklumat dalam buku profail.

Ini adalah aktiviti 3 minggu terakhir di sekolah ini. Pada minggu ke-4, minggu terakhir persekolahan pula akan diadakan majlis peyampaian Hadiah dan Sijil berhenti sekolah untuk murid Tahun 6. Nampaknya cikgu-cikgu di sekolah ini sibuk sepanjang bulan ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan