22 Januari 2010

JANUARI YANG MEMERITKAN

Selepas menghabiskan masa cuti dengan melancong - CUTI-CUTI SATU MALAYSIA. Kini bulan Januari telah membuka tirai. Sibuk betul bulan ni...... Buka sekolah, banyak yang perlu dibuat. Anak nak masuk sekolah, pakaian dan alat tulisnya. Saya pula, kena sediakan Rancangan Mengajar.

Ini minggu ke-3 persekolahan. Macam-macam hal berlaku di tempat kerja. Ruangan ini pula dah lama tak di update. Nampaknya kerja bertimbun-timbun awal tahun. Minggu ni, 2 hari berturut-turut diadakan mesyuarat pada sebelah petang. Balik saja dari mesyuarat, sangat letih dan penat. Mandi dan rasa nak tidur awal. Dah lama badan ini rehat, jadi tak biasa kena kerja kerja pagi dan datang pula petang.

Sebelum persekolahan dimulakan 4 Januari, mesyuarat telah diadakan pada 2 Januari. Berita menyedihkan pula yang diterima, terpaksa ajar mata pelajaran yang bukan opsyen. Dua orang guru Bahasa Melayu pindah sekolah. Saya kena ambil Tahun Satu. Selama nie tak pernah ajarpun. Suatu yang menyedihakan. Kalau mereka bagi kelas lain tak apalah kerana kekurangan guru opsyen.

Akhir saya buat juga. Hingga sekarang 3 minggulah saya dengan murid Tahun Satu. Berbagai ragam perangai mereka nie. Saya cuba bersabar dengan kerenah mereka. Apa yang penting ialah rancangan mengajar dan persediaan mengajar. ini sangat mencabar. Dimana saya terpaksa buat homework tentang subjek ini. betul-betul memeritkan. Orang kata "Hidup tanpa cabaran, umpama hidup dalam syurga, taj ada makna". Apa yang perlu saya buat, saya kan teruskan cabaran ini.

Selain cabaran itu, ada beberapa perkara lagi yang tak mahu saya catatkan di sini. Biarlah ia tersimpan di memori.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan