03 Jun 2010

ZOO NEGARA

Zoo Negara Malaysia terletak di Ulu Klang di timur laut Kuala Lumpur. Ia ditadbir oleh sebuah badan bukan kerajaan iaitu Malaysian Zoological Society yang ditubuhkan bagi mentadbir zoo pertama Malaysia. Zoo Negara ditubuhkan pada 14 November 1963 dan pada 2006 mempunyai sekitar 4,000 jenis haiwan dari 400 spesies mamalia, burung, reptilia, amfibia dan ikan. Pada tahun 2007, Zoo Negara menerima sijil MS ISO 9001:2000.

Zoo Negara merangkumi keluasan 110 ekar tanah yang terletak hanya sekitar 5 km dari bandar Kuala Lumpur. Zoo Negara kini menonjolkan konsep zoo terbuka dengan 90% haiwan ditempatkan di kandang terbuka yang luas dengan hiasan laman yang bersesuaian dengan persekitaran asalnya.

Ini adalah pintu masuk Zoo Negara.



Setiap pengunjung ke Zoo Negara akan dikenakan bayaran. Selepas bayar tiket, kami berbaris masuk ke dalam. Budak perempuan tu buat gelang tangan dari kertas yang di pegangnya.


Nasib kami pagi sangat baik. Ada pertunjukan di adakan. Ada pertunjukan burung Kakak Tua dan Singa laut.

Selepas melihat pertunjukan, kami naik kereta khas di dalam Zoo. Bentuk kereta itu macam keretapi. Kereta tu bawa kami ke suatu tempat. Dari situ kami jalan kaki melihat bermacam haiwan yang ada di sana.

Setelah puas berjalan dan melihat haiwa. Saya pun menungu di tempat mereka munurunkan kami tadi. Kereta itu membawa kami balik ke pintu depan Zoo. Dari sana, kami akan melawat ke tempat lain.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan