Nampak banyak kejutan yang berlaku pada Piala Dunia kali ini. Pasukan Ternama kalah pada perlawanan peringkat kumpulan lagi. Francis dan Itali kalah pada peringkat kumpulan. Pada perlawanan Suku Akhir, Brazil dan Argentina berputih mata kerana kalah pada lawan masing-masing. Brazil bernasib baik, walaupun kalah tetapi tidak seteruk Argentina. Argentina dibelasah Jerman 4-0. Suatu yang tidak pernah terlintas difikiran kita.
Di antara empat pasukan yang akan bertarung pada peringkat separuh akhir ini, pasukan manakah yang akan melangkah ke peringkat Akhir. Ada tiga pasukan dari Eropah, iaitu Jerman, Belanda dan Sepanyol. Manakala Uruguay mewakili Amerika Selatan. Adakah perlawanan Akhir akan menyaksikan negara Eropah bertanding sesamanya. Sama-samalah kita saksikan di kaca TV.
Salam Aidil Adha
-
Warga SK Batu Lima mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Korban kepada
seluruh muslimin dan muslimat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan