
Sepanyol menjuarai Piala Dunia FIFA 2010 setelah mengalahkan Belanda 1-0 di perlawanan akhir yang berlansung di Stadium Soccer City, Johannesburg. Perlawanan yang berlarutan sehingga masa tambahan, telah menyaksikan Andres Iniester menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-116. Ini menjadi Sepanyol juara berganda kerana baru saja dinobatkan sebagai juara Eropah.

Jerman tempat ketiga, setelah mengalahkan Uruguay 3-2 dalam perlawanan tempat ketiga dua hari lepas. Kemenangan Jerman muncul apabila Sami Khedira menanduk gol pada 8 sebelum perlawan tamat. Dimana kedudukan sebelum itu terikat 2-2. Uruguay pula berpuas hati sekali berada di tempat keempat. Uruguay mempamerkan corak permainan menyerang. Kedua-dua pasukan saling berbalas-balas serangan.
Dengan berakhirnya perlawanan akhir Piala Dunia itu, maka berakhirlah jua "Demam Piala Dunia". Ramai pekerja mengantuk semasa kerja, kerana terpaksa berjaga malam untuk menyaksikan bola sepak Piala Dunia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan